Laman Utama

Selasa, 22 Mei 2012

Kakitangan SJK(C) Lok Khoon 2015

Kakitangan SJK(C) Lok Khoon terdiri daripada 12 orang guru, seorang Pembantu Tadbir, seorang EIO, tiga orang Pengawal Keselamatan dan tiga orang Pekerja Kebersihan.



Pn Tan Swee Ying (Guru Besar)



Pn. Yow Wen Shan (Penolong Kanan 1)




Cik Pong Kuan Lian (PK HEM) 



Pn. Chan Wen Yee (PK KOKO)



Pn Choong Kim Wah (Guru Penolong)




Pn Chia Cheng Cheng (Guru Penolong)




Pn Jasmawati bt. Mohamad (Guru Penolong)




Cik Wan Kah Yie (Guru Penolong)




Pn Tan Kim Nee (Guru Penolong)


Pn Tengku Sarah Sophia (Guru Penolong)


 Pn Siow Tsuey Ying (Guru Penolong)


En. Mohamed Affendi (Guru Penolong)



Pn Lai Yen Fang (Guru Penolong)



Pn Juariah Bt Abdullah (Pembantu Tadbir)




Selasa, 15 Mei 2012

Walimatul Urus

Tengku Sarah Sophia bt Saidi a.k.a a'a, guru baru di sekolah ini, akan melansungkan majlis perkahwinan pada khamis, 31hb Mei 2012 bersamaan 10 Rejab 1433H di 278, Kampung Rahmat Chalok, Setiu, Terengganu. Semoga Allah akan merahmati majlis ini dan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin. Selamat menempuh alam rumah tangga...

Rekreasi : Jeram Penitih

Jeram Penitih adalah kawasan rekreasi air terjun yang terletak berhampiran dengan Bandar Sri Bandi, Kemaman. Kawasan ini agak kurang popular dan kurang dikunjungi yang mungkin disebabkan keadaan jalan yang sukar untuk dilalui. Hanya kenderaan pacuan empat roda yang sesuai digunakan untuk sampai ke tempat ini.
Jarak antara air terjun ini dengan SJK(C) Lok Khoon adalah lebih kurang 13km yang mana 8km adalah jalan bertar dan 5km jalan batu kerikil. Tiada sebarang papan tanda untuk ketempat ini. Pengunjung baru yang tidak pernah kesini adalah dinasihatkan mendapatkan khidmat penduduk tempatan sebagai penunjuk arah. Berikut adalah aktiviti jungle tracking yang dikendalikan oleh salah seorang bapa kepada murid  di SJK(C) Lok Khoon. Sila layannn....



















Sekitar sambutan hari guru

Sambutan hari guru telah disambut secara serentak pada hari ini diseluruh negara. Ia bagi meraikan guru-guru yang telah banyak berjasa selama ini untuk mendidik anak bangsa yang menjadi aset penting untuk negara. SJK(C) Lok Khoon telah menyambut dengan penuh meriah yang disertai guru-guru, para pelajar, bekas2 pelajar dan juga kakitangan sekolah.
Acara sambutan telah dimulakan sekitar jam 8.00 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Terengganu dan pembacaan perutusan dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Beberapa aktiviti permainan juga telah dijalankan seperti sukaneka yang dikendalikan oleh pelajar tahun 6. Sambutan kali ini juga lebih meriah apabila wakil dari Pusat Khidmat DUN Kemasik telah bermurah hati memberikan sumbangan jam dinding dan kek. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat di'candid' oleh penulis.

 kata 'kejuuuu...'

 hai... saya lyana...

 hmmm sedapnyaa.... menu untuk membesarkan badan.

 santapan hari guru

 jangan kacauuuu.... besornya mulut.

aunty choong bersama murid.

 tapau.... jangan tak tapauu....

bff... 

huh guane nok jadi jogho lagu ni...