Laman Utama

Selasa, 15 Mei 2012

Rekreasi : Jeram Penitih

Jeram Penitih adalah kawasan rekreasi air terjun yang terletak berhampiran dengan Bandar Sri Bandi, Kemaman. Kawasan ini agak kurang popular dan kurang dikunjungi yang mungkin disebabkan keadaan jalan yang sukar untuk dilalui. Hanya kenderaan pacuan empat roda yang sesuai digunakan untuk sampai ke tempat ini.
Jarak antara air terjun ini dengan SJK(C) Lok Khoon adalah lebih kurang 13km yang mana 8km adalah jalan bertar dan 5km jalan batu kerikil. Tiada sebarang papan tanda untuk ketempat ini. Pengunjung baru yang tidak pernah kesini adalah dinasihatkan mendapatkan khidmat penduduk tempatan sebagai penunjuk arah. Berikut adalah aktiviti jungle tracking yang dikendalikan oleh salah seorang bapa kepada murid  di SJK(C) Lok Khoon. Sila layannn....



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan